zwani.com myspace graphic comments

Teruskan Berdoa ✔

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, Ana masih dapat bernafas lagi dan dapat menyampaikan dakwah secara berblogging. Di sini Ana nak sebut tentang " Teruskan Berdoa ". 



 Pada zaman sekarang, Ana dah seringkali nampak kita ni berdoa semasa kita dilanda kesusahan dan bila kita senang kita lupa untuk berdoa. Firman Allah (mafhumnnya): "Apabila hambaku bertanyamu tentang Aku wahai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Faham tak maksudnya? kalau tak faham biar Ana jelaskan secara terperinci. Di sini, Allah memerintahkan kita selalulah berdoa agar doa kita termakbul dan kita hendaklah beriman kepada-Nya agar kita sentiasa mendapat hidayah. Betapa sayangnya Allah kepada kita. Terserahlah kepada Allah memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Apabila kita berdoa, jangan sesekali kita mmbuat kesimpulan doa kita tidak akan dimakbulkan. Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat. Kadang-kadang lambat. Ertinya apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak. Ia adalah suatu ujian kesabaran kepada seseorang hamba. Samaada Allah berikan suatu yang lebih baik atau berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak memakbulkan doa, seperti yang difirman Allah dalam ayat 186, Surah Al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimananya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan. Ada hadis Nabi s.a.w yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan antaranya: "Makan minumlah kamu yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan.

Ana ada sebuah kisah tentang Nabi Allah Ibrahim a.s. Baginda(Nabi Ibrahim) telah berdoa kepada Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Mekah beramai-ramai, pada waktu Mekah masih menjadi sebuah lembah yang gersang. Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah-ruah. Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika bagindan mendatangi Mekah bersama anak an isterinya.

Alhamdulillah Allah S.W.T memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad S.A.W,malah sehingga hari ni semakin jelas doa Nabi Ibrahim, seolah-olah baru dimakbulkan. Betapa Kuasanya Allah.