zwani.com myspace graphic comments

Apabila Non-Muslim Tanya Islam

Assalamualaikum ( Peace to be you ).

  Hari ini, Ana ingin bercakap tentang " Islam". Mungkin pernah ada orang non-muslim tanya kat kita "Apa itu Islam?" and then kita pun terkial-kial nak cari jawapan. Okay, Ana akan ajar cara jawab jika ada orang non-muslim tanya kepada kita. Harap entry kali ini dapat membantu kalian yang mengalami kesulitan untuk menjawab soalan non-muslim tadi. ( Soalan-soalan yang selalu ditanyakan : )

1) Berdasarkan pertanyaan dia atas tadi. "Apakah itu Islam?"

Jawapan: Berserah diri kepada Tuhan iaitu (ALLAH).

2) Non-muslim: "Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi hari2 Islam sembah Kaabah. Kenapa?"

JawapanIslam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah adalah kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sempah Kaabah dia akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, Kaabah cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tidak akan pijak berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah).

3) Non-muslim: a)"Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?", b)"Tapi pernah saya nampak seorang Islam itu makan babi. Bagaimanakah itu?"

Jawapan: a) Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Lagipun Islam pernah berkata babi itu membawa banyak penyakit seperti penyakit cacing pita yang sangat bahaya. Cacing berkembang  di bahagian usus 12jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan   menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar 1000 ekor dengan  panjang 4-10  meter, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui  BAB (buang air besar ).                              

 Jawapanb) Mungkin orang itu tiada pilihan lain kerana di dalam Al-Quran, ayat 115, surah An-Nahl ada  menyebut: " Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu memakan bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih selain menyebut nama Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tiada menganiaya dan tidak pula melampaui batas maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

4) Non-muslim: "Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad S.A.W kerana nabi dan rasul sebelumnya kan betul2 juga?

JawapanNabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi S.A.W diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman

5) Orang Sikh Punjabi, bertanya: "Kenapa Islam perlu potong rambut? Sedangkan rambut itu anugerah Tuhan yang perlu disimpan?"

Jawapan: Kita jawab dengan soalan ini. "Kuku juga anugerah Tuhan, Kenapa orang sikh punjabi potong kuku?".

6) Sami Buddha vegetarian, bertanya: "Kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?"

Jawapan: Sains telah buktikan, sayur dan pokok juga turut bernyawa. Malah apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh ( sembelih sebenarnya ) 1 ekor lembu, sebenarnya kita akan selamatkan banyak nyawa manusia.

7) Non Muslim: "Nama Nabi Isa disebut 25 kali di dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi              Muhammad s.a.w disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad s.a.w. hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.Mengapa?"

Jawapan: Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad s.a.w, sebab itu nama Nabi Muhammad s.a.w jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad s.a.w tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

8) Non Muslim: "Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa as itu Tuhan kan?

Jawapan: Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ada menyatakan bahawa Jesus( Nabi Isa) berkata: "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai Tuhan akan masuk Neraka."

Wallahual'am, Ini adalah sebanyak sedikit soalan yang sering ditanyakan oleh orang Non-Muslim. Jika anda ada sebarang kesulitan menjawab soalan2 orang non-muslim. Bolehlah komen di bawah ini Sekian.

No comments:

Post a Comment